Tuesday, February 21, 2012

Otak Kiri Vs Otak Kanan


Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama
bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria
dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat
ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada b
adan yang mengawal fungsi dan tindakannya.
Otak meningati pengalaman lepas,
dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.


Dalam haiwan, otak
(εν-κέφαλος, bahasa Greek bagi
"dalam tengkorak"),
merupakan pusat kawalan bagi
sistem saraf tunjang,
bertanggungjawab bagi kelakuan.
Otak terletak di kepala,
dilindungi oleh tengkorak
dan hampir dengan perkakasan
deria bagi penglihatan,
pendengaran, keseimbangan, rasa dan bau. Sementara kesemua
vertebra mempunyai otak, kebanyakan invertebra samaada
mempunyai otak pusat atau himpunan ganglia terasing.
Sesetengah haiwan seperti cnidarian dan echinoderm
tidak memiliki otak pusat, sebaliknya mempunyai
sistem saraf berasingan,
sementara haiwan seperti sponge
ketiadaan otak dan sistem saraf sama sekali.
Otak mampu menjadi amat rumit.
Sebagai contoh, otak manusia mengandungi sekitar 23 bilion neuron,
setiap satunya bersambung dengan hampir 10,000 neuron yang lain.
Otak kiri banyak dikaitkan dengan fungsi akademik yang terdiridari
kemampunan bercakap, kemampuan berbahasa,
membaca tulisan,
logik, angka, analisis, dan lain-lainnya. Biasanya ia
diidentitikan dengan kecerdasan analitik atau intelek.
Maksudnya otak kiri kita ini banyak
berkait dengan kemampuan matematik, analisis dan kemampuan
berfikir secara sistematik. Cara kerja otak ini sangat rapi, dan
terstruktur/tersusun. Biasanya otak kiri ini sangat bermanfaat
digunakan untuk memahami hal-hal yang kompleks dan perlu
pemikiran yang mengkhusus. Individu yang biasanya lebih
menggunakan otak kiri adalah seorang penganalisis,
pengkaji, Ahli matematik atau saintis.
Sementara Otak kanan pula adalah tempat untuk perkembangan hal-hal yang bersifat artistik, kreativiti, perasaan, emosi, gaya bahasa, irama musik, imaginasi, fantasi, warna, pengenalan diri dan orang lain, hubungan sosial dan pengembangan keperibadian. Jika individu yang banyak yang mengatakan otak kiri dilabel sebagai pengendali IQ (Intelligence Quotient), otak kanan pula memegang peranan penting bagi perkembangan EQ (Emotional Ouotient). Fungsi dari otak kanan ini adalah untuk mengurus pola berpikir kreatif manusia, contohnya adalah kemampuan komunikasi (lingusitik). Cara kerja otak kanan ini biasanya tidak terstruktur, dan cenderung tidak memikirkan hal-hal yang terlalu khusus iaitu bertentangan dengan otak kiri. Contoh orang yang mengunakan otak kanan dibandingkan otak kirinya adalah seorang seniman, pelukis dan sebagainya.

OTAK KIRI
  1. Berfikir dan mentafsir secara turutan satu persatu.
  2. Menganilisis secara terperinci.
  3. Berfikir secara linear (pengelolaan).
  4. Menguasai matematik.
  5. Menggunakan logik.
  6. Memahami bahasa.
  7. Memahami lisan.
  8. Peka kepada fakta.
  9. Berfikir menggunakan perkataan.
  10. Mengingat lirik lagu.
  11. Perlukan rasional.
OTAK KANAN
  1. Mencari ilham (intuisi).
  2. Berfikir secara kreatif.
  3. Berkaitan seni.
  4. Menggunakan imaginasi.
  5. Bersifat subjektif.
  6. Retma (rentak/intonasi).
  7. Memahami tanpa lisan.
  8. Perasaan (emosi).
  9. Berfikir menggunakan gambaran.
  10. Menghayati irama lagu.
  11. Ada visi.
Manusia adalah sebaik-baiknya ciptaan Allah s.w.t, sebab itu lah manusia bukan sahaja diberi otak, tetapi juga akal dan fikiran, bagi membolehkan manusia memanafaatkan anugerah OTAK yg tidak terhingganya. Biarpun otak KIRI atau KANAN, pasti kedua2nya penting kerna, Allah s.w.t tak kan cipta kedua2nya sekiranya ianya tiada kepentingan, maka pastikan kita menggunakan kedua2 belah otak kita dengan sebaik mungkin dan kita harus juga menjaganya dengan sempurna mungkin. Walllahua'lam.

No comments: